Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
pelajar : cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kite sayang? macam mana juga kasih sayang itu akan berkekalan?
guru : ok. kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih YANG PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. dan petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada satu rumput pun di tangannye...
..........
guru : kenapa tiada rumput yang di pilih?
pelajar : tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput YANG PALING CANTIK. memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada di antara yang belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
guru : ya!!! itulah jawapannya. maknanya............APABILA KITA TELAH BERJUMPA DENGAN SESEORANG YANG KITA SAYANG, JANGANLAH KITA MENCARI LAGI YANG LEBIH BAIK DARI ITU. KITA PATUT HARGAI ORANG YANG BERADA DIDEPAN KITA SEBAIK-BAIKNYA. JANGAN KITA MENOLEH KE BELAKANG kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.....=)
0 comments:
Post a Comment