CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 3, 2011

dinar dan dirham

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL

...Selawat dan Salam ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW...

Apa khabar semua sahabat-sahabat? Agak lama tidak menghupdate blog. Tiba-tiba hari ni ada idea pulak nak cerita. Cerita menarik jugaklah pada saya. Cerita apa ya? CE CHITE... CE CHITE...

Saya juga baru mengetahui tentang "INI". Jadi, tidak banyak yang boleh dikongsi bersama. Biasalah saya ini boleh diibaratkan seperti kanak-kanak yang masih lagi merangkak dalam dunia ISLAM SEBENAR dan "INI" sangat menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam. Sebenarnya, saya pernah mendengar tentang "INI", tetapi ianya hanyalah sekadar tahu, bukan faham. Jadi, apakah "INI" yang dimaksudkan? Cerita apakah?

Sebenarnya, "INI" adalah cerita tentang dinar dan dirham. Mungkin ada antara kita yang telah mengetahui tentang penggunaan koin DINAR dan DIRHAM ini. Tetapi tidak mengapalah. Cerita ini ditujukan KHAS buat sesiapa yang masih tidak mengetahui tentang dinar dan dirham ini.


Terutamanya umat Islam, penggunaan koin dinar dan dirham ini sangat, amat, tersangat, dan teramat penting dalam muamalat. Apakah sebab-sebabnya? Kenapa penggunaan koin dinar dan dirham sangat penting dan sangat diperlukan dalam ISLAM? Jom!!! Sama-sama kita kupas, belah, dan selidik.

Sebelum ke bahagian yang sangat penting tersebut, perlulah kita mengetahui dan memahami dahulu tentang apa itu dinar dan dirham. DINAR ialah koin yang ditempa dari bahan logam EMAS. DIRHAM pula ialah koin yang ditempa dari bahan logam PERAK. Koin dinar dan dirham ini sangat berbeza nilainya dengan wang ringgit. Nak tahu tak apa sebabnya?


Sebabnya ialah NILAI! Koin dinar dan dirham, 'nilainya' ada pada sukatan berat timbangan logamnya tetapi wang kertas, 'nilainya' ada pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata-mata. Bolehkah sahabat-sahabat semua melihat bezanya dengan satu penerangan ini? Dan SEDARKAH sahabat akan sesuatu disebalik kedua-dua nilai dinar dirham dan wang kertas?


Apa yang ada di sebaliknya adalah nilai dinar dan dirham ditentukan oleh ALLAH SWT pada salah satu namaNYA yang MAHA AGUNG iaitu "ALLAH adalah AR-RAZAK" yang bermaksud PEMBERI REZEKI. Betapa hebat ciptaanNYA, sedarkah kita tentang ini? Betapa ALLAH mengurniakan rezeki emas dan perak yang dilombong itu sebagai "nilai" dalam jual beli.

Dalam sebuah hadis juga ada mengatakan, Abu Bakr Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW bersabda "Suatu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang tinggal kecuali dinar dan dirham" (Musnad Imam ibn Hanbal).

Sebaliknya, nilai wang kertas ditentukan oleh pihak-pihak tertentu. Tahukah sahabat-sahabat bahawa wang kertas itu diperbuat daripada kertas. Kalau di kedai-kedai, sehelai A4, harganya adalah 10 sen. Bayangkan, kertas-kertas yang digunakan untuk di buat wang-wang kertas itu. Ada harga, tapi nilai??? Hanya di*op sahaja.

Tidak pada koin dinar dan dirham yang nilainya ditentukan oleh beratnya...
surah An-Nisa' : 29, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)..."

MARILAH KITA SAMA-SAMA BERFIKIR... seperti kata sahabat saya, "this is the matter of akidah. what ALLAH asked us to do, we have to do". So, this is our own responsibility to SEE towards the truth CLEARLY....
MAJULAH DINAR dan DIRHAM untuk DUNIA ISLAM...
TAKBIR!!!


~I'M LOOKING FOR THE TRUTH~


p/s : to be continue....

Related Posts with Thumbnails