CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 28, 2011

pertandingan menulis blog

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL


PEMANTAPAN AKIDAH DALAM MEMBENTUK SAHSIAH YANG BERKUALITI.

Berpegang dengan akidah yang benar adalah syarat pertama dan utama bagi seseorang yang mengaku bahawa dirinya Muslim dan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Jadi, seseorang itu perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan akidah yang mantap. Hal ini kerana akidah yang mantap boleh membentuk sahsiah yang berkualiti dan sesungguhnya balasan untuk seorang Muslim yang bersahsiah dan taat adalah nikmat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Hal ini selari dengan firman Allah dalam Surah An-Nisaa’, ayat 69 dan 70 yang bermaksud,

" Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi dan orang-orang sidiiqiin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amat eloklah mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah, dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya)."

Ayat-ayat ini ada menyatakan tentang kelebihan orang-orang yang melakukan sesuatu ke jalan Allah. Begitu juga dengan akidah. Bagi orang-orang yang memilih jalan Allah dengan memantapkan akidah dan sentiasa melakukan suruhan Allah, nescaya orang-orang itu akan mendapat balasan yang baik.

Asalnya, perkataan akidah berasal dari perkataan “’aqdun” dalam bahasa Arab. Dari sudut bahasa, akidah membawa maksud ikatan atau simpulan. Akidah itu diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan yang memudahkan tangan berpaut. Bagi haiwan, ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan itu agar hidup dalam keaadan aman. Seperti yang kita tahu, haiwan yang buas atau jinak tanpa ikatan, pastinya menimbulkan masalah kepada manusia. Begitu juga dengan hidup manusia, ia memerlukan ikatan yang dapat menjamin keharmonian manusia di dunia dan di akhirat.

Dari segi istilah, akidah berrmaksud keimanan yang teguh dalam jiwa hingga tidak mungkin terurai. Ia juga bermaksud percaya sungguh-sungguh dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah dan melaksanakan kedua-duanya dalam kehidupan. Akidah sangat penting bagi setiap perjuangan dan setiap perjuangan itu menuntut pengorbanan yang tinggi daripada semua individu. Percaya bahawa Allah adalah tuhan yang wajib di sembah dan tiada tuhan selain Allah dan disertai dengan penyerahan diri sepenuhnya kepadaNya merupakan perkara yang sangat penting bagi setiap mukmin. Firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 18 yang bermaksud,

"Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang mentadbir dengan penuh keadilan. Para Malaikat dan orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Ayat ini menerangkan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dengan keimanan yang betul-betul mantap dan ikhlas dalam setiap perbuatan yang hanya mengharapkan redha Allah menguatkan lagi seorang pejuang itu dalam menegakkan kalimah Allah.

Selain itu, akidah juga diumpakan seperti pokok yang berakar tunjang. Dahan dan ranting yang tumbuh adalah bergantung hidup kepada kekuatan akar tunjangnya. Jika kuat akarnya dan sentiasa di siram, maka kuatlah dahan dan rantingnya. Maksudnya ialah jika kuat dan mantap akidah seseorang, maka lahirlah mukmin yang mempunyai sahsiah yang berkualiti. Hal ini kerana sesungguhnya tanpa akidah, seseorang itu akan hilang piawaian nilai dalam menentukan segala aktiviti dan perbuatannya. Jika seseorang itu melakukan kebaikan sekalipun tetapi tanpa akidah yang mantap apatah lagi menyeleweng, segala amal yang baik tidak akan diterima di akhirat kelak. Firman Allah dalam Surah Al-Maidah, ayat 5 yang bermaksud,

"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi."

Ayat ini menunjukkan walaupun seseorang itu beriman tetapi kafir , amalannya tetap terhapus dan tergolong dengan orang-orang yang rugi di hari kiamat kelak. Daripada ayat ini juga, terbuktilah bahawa hanya Islam dan iman yang dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Dalam Islam terdapat banyak cara atau amalan yang boleh membantu seseorang untuk memantapkan akidah melalui perkataan, perbuatan dan hati. Antara contoh amalan yang boleh dilakukan melalui perkataan ialah membaca al-Quran dan hadis. Bukan sahaja membacanya tetapi fahami isi kandungannya juga. Hal ini kerana jika seseorang itu hanya membaca tanpa memahami maksud, ianya tidak mendatangkan apa-apa. Dalil yang menerangkan betapa pentingnya memahami al-Quran adalah dalam Surah Muhammad, ayat 24 yang bermaksud,

"Mengapa mereka tidak mahu mentadabbur al-Quran? Apakah kerana hati mereka terkunci mati?"

Selain itu, berzikir, bertasbih, bertahlil, berselawat, berdoa dan memberi nasihat ke arah kebaikan juga adalah antara amalan dalam melahirkan akidah yang mantap. Bertasbih terutamanya adalah amat penting dalam kehidupan seharian. Berdasarkan kenyataan Allah SWT, bahawa tiada suatu pun yang ada di langit dan di bumi ini melainkan bertasbih memurnikan akidah terhadap Allah, maka nyatalah tasbih ini adalah melebihi semua zikir-zikir yang lain. Jelaslah bahawa tasbih mengambil peranan membersih dan meninggikan sebutan Allah bagi menambahkan kebesaran Allah dan keagunganNya.

Menunaikan ibadat fardu dan sunat, menuntut ilmu yang berfaedah khususnya ilmu agama, melakukan kerja kebajikan dan beradab sopan dalam pergaulan adalah antara contoh amalan dalam pemantapan akidah untuk membentuk sahsiah yang berkualiti. Dengan menuntut ilmu terutamanya, seseorang itu akan mengetahui tentang perlunya ilmu akidah dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung, seseorang itu akan terhindar dari perkara-perkara yang menjurus ke arah dosa seperti syirik, kufur dan sebagainya. Dengan melakukan kebajikan pula, seseorang itu bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan atau ukhuwah sesama saudara Islam malahan ganjaran pahala juga diberikan. Oleh yang demikian, seseorang itu haruslah istiqamah dalam membentuk sahsiah yang berkualiti melalui pemantapan akidah.

Melalui hati pula, seseorang itu mestilah ikhlas dalam melakukan ibadat atau amal kebajikan. Sesetengah orang melakukan ibadat hanyalah untuk memenuhi tuntutan atau perintah Allah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana dengan melakukan ibadat sahajalah seseorang itu akan sentiasa dekat dengan Allah. Jadi, mereka perlulah sentiasa kusyuk, ikhlas dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dalam melakukan ibadat juga amal kebajikan. Di samping itu, seseorang itu mestilah sentiasa mengingati Allah SWT dan sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT serta yakin dengan pertolongan Allah SWT. Seseorang itu perlu ingat bahawa setiap yang berlaku ke atas diri masing-masing pasti ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu, sentiasalah beristiqamah dalam melakukan perintah Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui setiap apa yang kita ucapkan, lakukan dan perasaan kita yang sentiasa inginkan redha Allah.

Kesimpulannya, dalam usaha memantapkan akidah seseorang dalam membentuk sahsiah yang berkualiti, terlebih dahulu mestilah memantapkan iman yang berlandaskan kepada akidah yang benar. Hal ini supaya akan hadir dalam hati satu perasaan ghairah untuk mempelajari ilmu agama dan membina asasnya yang sempurna. Hal ini kerana tegaknya agama seseorang adalah berasaskan kepada akidah yang mantap. Keadaan ini samalah seperti pokok yang berakar tunjang. Apabila mantapnya akidah seseorang itu maka mantaplah pula keimanan seseorang kerana ilmu tentang akidah akan memperbetulkan kedudukan iman dan iman itu pula perlu di tingkatkan prestasinya dengan usaha yang semaksima yang mungkin, agar mencapai atau membentuk sahsiah yang berkualiti.

RUJUKAN

1. Al-Fawi, D. A.-F. (2001). Akidah dan Suluk dalam Tasawwuf. In D. A.-F. Al-Fawi, Akidah dan Suluk dalam Tasawwuf (pp. 77-99). Percetakan Zafar Sdn Bhd.

2. Al-Jazaairi, A. B. (1986). Aqidatul Mukminin. In A. B. Al-Jazaairi, Aqidatul Mukminin (pp. 720-721). Penerbitan Pustaka Antara.

3. http://muslim.or.id/aqidah/tauhid-akidah-dalam-kehidupan-insan.html

4. http://yudhim.blogspot.com/2008/07/kisah-nabi-nuh-as.html

5. http://bankwahabi.wordpress.com/2008/04/11/kepentingan-aqidah-bahaya-murtad/

Wednesday, January 19, 2011

sharing is caring


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL

i really missed writing on this wall...
this time around, this new year,
i just want to share a few quotes belongs to many writers n famous site.

YES!!! This is exactly true.. Even you come from India, Singapore or Korea, as long as we are muslims, we are still same. Same religious, same God, ALLAH, and same PROPHET... So, let's always be together and unite.

This is very meaningful. I thoroughly agree that sometime we have to cry during our ''happy time''. That doesn't mean we are sad, but that is one of the way to show our appreciation towards something... Don't worry friends...just smile... Be confident with our God, ALLAH. Sometimes we are happy, sometime we are sad. Please don't take it serious. All those thing come from The Merciful one, ALLAH. HE wants to see our patient-ness, greatness because HE loves us. HE LOVES US, friends. =)

yeah!! Remember!! We just live in this Earth once. So, let's ''make up'' our life appropriately. Appropriately doesn't mean that we just do by following the certain human rules, but we must put "ALLAH" n "AL-QURAN and SUNNAH" in the top place of our life . We must living in this fresh man-land and do whatever with the name of ALLAH n of course it should be based on "Al-Quran and Sunnah of our Prophet Muhammad".



(^_^)
That's all for this time... Let's go towards "INDIVIDU ISLAM GEMILANG"..
...maat taufiq wannajah...

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Related Posts with Thumbnails